norazmawani abdullah@mahmud. Powered by Blogger.
RSS

PROSES AUDIO VIDEO

PANDUAN PROSEDUR PENERBITAN  KLIP VIDEO MENGGUNAKAN
PERISIAN MOVIE MAKER (AMALI)

PROSEDUR PENERBITAN
    1. Pemilihan/perangkaan/penentuan kandungan
                                                              i.      Penentuan ini dibuat mengikut tatacara Model ASSURE (sila lihat Lampiran A – Analisis Kandungan)
    1. Perangkaan papan cerita (story board)
                                                              i.      Merangka papan cerita (skrip (narration), video, audio, muzik latar, kesan bunyi, dan lain-lain yang bersesuaian) terhadap topik yang dipilih (sila lihat Lampiran B – Perangkaan Papan Cerita)

    1. Sumber koleksi bahan & penggambaran
                                                              i.      Bahan foto (tidak bergerak) – gambar, illustrasi, bahan cetak dan yang bersesuaian dengannya bersumberkan bahan digital (muat turun dari internet, kamera digital) atau bukan digital.
                                                            ii.      Bahan video (termasuk animasi) – keratan dari video-CD menggunakan perisian VCD Cutter, DVD chopper, CD-ROM, video yang dimuat turun dari internet melalui YouTube atau lain-lain kaedah, dari telefon bimbit, kamera digital atau kamera video digital.
                                                          iii.      Bahan audio (muzik, suara, kesan khas (sound effect) – MP3, CD-Audio, audio yang dimuat turun dari internet, rakaman secara digital atau analog.
    1. Penggambaran
                                                              i.      Menyediakan senarai semak bahan untuk penggambaran (gambar foto dan video) yang bersesuaian dengan subjek dan tajuk yang dipilih di lokasi yang ditetapkan (sila lihat Lampiran C – Senarai Semak Penggambaran)
    1. Penyuntingan
                                                              i.      Menyunting video berdasarkan perisian movie maker yang mengandungi adunan video (daripada pelbagai sumber),  gambar foto dan audio (suara, muzik dan kesan bunyi).
                                                            ii.      Hasilan dalam bentuk klip video berformat window media  video (wmv) yang tidak melebihi 3 minit (sila lihat Lampiran E – Panduan Penyuntingan &Penghasilan Klip Video)
    1. Uji lari
                                                              i.      Membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek yang terdapat pada papan cerita sekiranya perlu.




    1. Aplikasi dan integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
                                                              i.      Merangka aktiviti guru dan murid dalam langkah rancangan mengajar yang menggunakan bahan yang dihasilkan (sila lihat Lampiran D – Perancangan Aktiviti Pengajaran)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment