norazmawani abdullah@mahmud. Powered by Blogger.
RSS

PRINSIP REKABENTUK

PENGENALAN
 
Prinsip merekabentuk terdiri dari tiga bahagian iaitu elemen, corak dan susunan. Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual; corak merujuk kepada pemilihan corak yang tepat untuk menggambarkan elemen dan susunan merujuk kepada penyusunan elemen ke dalam corak tertentu.




Elemen

Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

·                                  Elemen Visual
Elemen visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk:
1.    Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.
2.    Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan 
     kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut.
3.   Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen 
     teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi. 

·                                   Elemen Lisan

Taipografi merujuk kepada seni dan teknik menyusun, merekabentuk dan mengubahsuai glyphs. Teknik menyusun melibatkan jenis dan saiz tulisan, panjang garisan, jarak garisan dan ruang di antara dua huruf.  Kebanyakan pembentangan secara visual boleh dinilai melalui tulisan, warna, saiz, huruf besar dan jarak tulisan. Untuk tujuan pengajaran, anda dicadangkan untuk menggunapakai stail tulisan yang asas dan mudah di mana ini dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Anda boleh memilih samada ingin menggunakan tulisan San Serif seperti Arial atau tulisan Serif seperti Times New Roman. Dalam taipografi, San Serif merujuk kepada tulisan tanpa ciri khusus yang dikenali sebagai Serif pada penghujung strokes. Rajah 1.1 memaparkan contoh kedua-dua tulisan ini.  

Berdasarkan kepada Rozinah Jamaludin (2003), projeksi visual seperti slaid seeloknya menggunakan kurang daripada 2 stail tulisan dan kedua-duanya mestilah harmoni. Bagi teks komputer pula, sebaik-baiknya ia menggunakan 4 variasi seperti bold, italic, underline dan saiz yang berbeza. Bagi perkataan tertentu seperti tajuk atau subtopik, penggunaan huruf besar adalah sangat bersesuaian manakala kandungan pula perlulah menggunakan tulisan kecil bertujuan untuk memudahkan pembacaan. Warna untuk latarbelakang pula perlulah kontra dengan warna mesej.

Bagi pembangunan poster atau bulletin, pastikan ianya boleh dibaca pada jarak 30 hingga 40 kaki. Pereka biasanya menggunakan tulisan bersaiz ½ inci untuk poster yang terletak 10 kaki dari penonton. Ini bermakna, saiz yang paling sesuai untuk penonton yang berada pada jarak 30 kaki dari poster ialah 1 ½ inci.

Bagi panjang tulisan, tiada saiz yang spesifik untuk menentukannya. Di sini, kreativiti anda adalah diperlukan kerana setiap tulisan mempunyai saiz yang berbeza. Elakkan tulisan yang terlalu pendek atau terlampau panjang.

·                                  Elemen Daya Tarikan
Untuk menarik minat pelajar, elemen-elemen seperti yang disenaraikan d bawah ini adalah diperlukan untuk menjadikan ilustrasi lebih menarik:
o   permukaan 2D atau 3D.
o   kombinasi warna yang menarik.
o   susunan teks yang kemas.
           bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang.
 

Corak Dan Susunan

Rozinah Jamaludin (2003) menekankan tentang beberapa elemen yang perlu dipertimbangkan sewaktu membangunkan corak atau visage bagi visual seperti alignment, keseimbangan, bentuk, stail, skema warna dan daya tarikan warna. 

Cara yang paling efektif untuk membangunkan visual adalah dengan menggunakan alignment. Untuk mendapatkan fokus dari pelajar, elemen visual dan lisan perlu diorganisasikan mengikut perspektif pelajar.

Bentuk juga adalah salah satu elemen asas dalam rekabentuk. Bentuk terbahagi kepada beberapa kategori seperti bentuk geometri, bentuk natural dan bentuk asbtrak. Bentuk geometri asas adalah seperti segitiga, segiempat atau bulatan.

Keseimbangan diukur apabila elemen tertentu muncul secara simetri pada mana-mana menegak ataupun melintang. Sesuatu objek adalah berada dalam keadaan seimbang apabila ianya mempuyai berat yag sama. Di sini, imaginasi adalah sangat penting untuk menjadikan sesuatu objek itu muncul dalam keadaan simetri dan seimbang. Sekiranya satu bahagian mempunyai objek yang bersaiz besar, keseimbangan boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa item tambahan pada bahagian bersebelahannya. 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment